"Kamu dah tahu peraturan dan asas untuk memandu belum? Kalau belum, kamu mesti belajar asasnya dahulu semula kamu mula memandu."
"Eh dah. Dah khatam pun. Sebab tu saya nak mula hari ni," jawab Redza.
"Baiklah, kalau macam tu kita gerak sekarang," arah guru memandunya.
Lalu Redza pun memulakan pemanduannya. Guru memandunya juga turut ikut bagi memantau cara pemanduan Redza. Setelah memastikan kereta masiph berada dalam keadaan baik, Redza pun mula memainkan peranan minyak dan klac. Perjalanan mereka berjalan dengan lancar. Redza diarahkan oleh gurunya untuk memakirkan kereta dengan cara melintang. Redza menurut petunjuk gurunya. Setelah selesai, Redza diarahkan untuk keluar dari kotak parkir. Redza pun mengikuti arahan gurunya.
Tiba-tiba, "dushhh!". Masya Allah, rupa-rupanya tayar kereta dah pancit. Oleh kerana Redza memandu keluar terlalu laju hingga terlanggar bahu jalan, benang tayar pun terlepas hingga menyebabkan pancit.
Guru memandu Redza meneliti kereta dan Redza bagi memastikan tiada perkara buruk yang berlaku. "Kamu kata kamu dah hafal segala peraturan dan asas untuk memandu. Takkan kamu tak tahu kalau nak keluar dari simpang, kamu harus perhatikan kiri kanan dan keluar dengan hemat dan cermat. Bukan tergesa-gesa macam tu," tegas guru pemandu Redza.
Redza cuma mampu menunduk. Dia memang arif tentang peraturan itu tetapi dia tidak pernah mempraktikkannya.