Thursday, November 21, 2013
keindahan melaka
Tuesday, November 19, 2013
hati yang hidup
Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu juga jelas, dan di antara kedua-duanya ada perkara yang samar-samar (syubhah). Kebanyakan manusia tidak mengetahuinya. Maka sesiapa menjaga dirinya daripada yang syubhah itu, bererti dia telah membersihkan agama dan kehormatannya. Sesiapa yang melakukan perkara syubhah itu, dia berada di sekeliling batas tanah gembalaan milik orang (tanah larangan), lambat laun dia akan masuk ke dalamnya. ingatlah, bahawa setiap raja ada larangannya dan ingatlah bahawa larangan Allah adalah apa-apa yang diharamkan-Nya. Ingatlah, bahawa dalam jasad itu ada segumpal daging. jika ia baik, baiklah jasad seluruhnya. Jika ia rosak, rosaklah jasad seluruhnya. ketahuilah, bahawa segumpal daging itu adalah hati (H.R Bukhari, Muslim dan Abu Daud, hadith yang ke 6 di dalam hadith 40 Imam Nawawi)
"Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Kerana sesungguhnya bukan mata itu yang buta, tetapi yang buta adalah hati yang ada di dalam dada." Surah Al Hajj (22:46)
"Dan sungguh, (Al-Quran) ini benalr-benar diturunkan oleh Tuhan seluruh alam, yang dibawa turun oleh Ar-Ruh Al-Amin (Jibril), ke dalam hatimu (Muhammad) agar engkau termasuk orang yang memberi peringatan" surah Asy-Syu'ara (26:192-194)
Sunday, November 17, 2013
letih yang lama.
Lepas cuti semester, bersusun senarai assignment serta pembentangan yang menunggu saya. Rasa letih sangat-sangat. Kehidupan sebagai seorang pelajar memang sesuatu yang mencabar. Masa tidur semakin berkurangan apatah lagi bila kerja yang diberikan dilakukan di saat-saat akhir. Masa lapang juga harus digunakan sebaiknya. Itulah komitmen yang perlu ada pada seorang pelajar.
Tiba-tiba terlintas difikiran, bukankah selama ani saya melalui proses yang sama setiap masa? Kenapa baru sekarang baru terasa letih? Kenapa harus merungut? Saya mampu melaluinya, kata saya dalam hati. Alhamdulillah, ujian seperti ini sebenarnya hanya salah satu cara untuk mendidik saya agar lebih berdisplin. Menuntut ilmu itu perlu sebagai seorang muslim dan ia adalah salah satu ibadat yang dituntut dalam Islam. Tinggal mahu atau tidak saja lagi.
Wednesday, November 13, 2013
Cuti semester
Alhamdulillah, cuti semester saya saya, saya isikan dengan merantau di bumi Allah. Satu pengalaman yang membuatkan saya merasakan diri ini sebagai seorang musafir, seorang pelancong bukan hanya sebagai palajar. Minggu yang sibuk tapi berfaedah. Walaupun letih tetapi berbaloi bagi saya.
Minggu lepas, saya bersama rakan-rakan dari Brunei pergi membuat lawatan di kawasan Kuala Lumpur. Salah satu tempat yang mengujakan saya ialah taman rama-rama. Bermacam-macam spesis rama-rama berterbangan, tambahan lagi dengan warna- warna yang sangat indah pada pandangan mata. Sangat cantik. Walau hanya dengan seekor rama-rama, ianya tetap menarik hati saya bagai bunga yang tumbuh mekar dihati. Saya tertanya-tanya, kalau makhluk Allah sekecil ini sudah cantik, apatah lagi Pencipta-Nya?