Pada minggu lepas, hari khamis 31 oktober 2013, saya bersama pensyarah serta rakan-rakan sekelas saya pergi melawat muzium cokelat yang terletak di Damansara. Sebaik sahaja kaki menjejak lantai muzium, saya terus terpegun dengan hiasan dalaman yang dipenuhi dengan cokelat.
"Sedapnya bau, bau apa ni? Macam bau cokelat!" saya kata.
"Mestilah bau cokelat, ni kan muzium cokelat," balas rakan sekelas saya.
Aroma cokelat menusuk hidung sebaik sahaja kami masuk. Sedap dan harum. Bila ke muzium ini, barulah saya dapat merasakan nikmatnya memakan cokelat yang cair bila dimakan. Selama ini, saya tidak menghayati cokelat dengan sungguh-sungguh. Warna cokelat yang ada di setiap penjuru muzium mengingatkan saya tentang zaman waktu kecil dahulu. Teringat akan arwah atuk yang pemurah, yang suka sangat beli cokelat untuk cucu-cucunya terutama cokelat Toblerone. Betapa banyaknya kenangan dan orang-orang yang harus saya hargai. Bila mereka tidak ada di depan mata, barulah kita akan mencari-cari.
No comments:
Post a Comment