Thursday, November 21, 2013

keindahan melaka

Bandar Melaka, bandar warisan.

Pertama kali menjejakkan kaki di bandar ini pada tahun 2007, hati saya memang sudah tertarik. Alhamdulillah, kali ini, saya diizinkan untuk pergi lagi buat kali kedua pada cuti semester. Selain dari sejarahnya yang memang mengagumkan, saya juga tertarik dengan makanan yang melambangkan bandaraya sejarah ini iaitu asam pedas dan cendol. Memang sedap. Dengan kurangnya kesesakan jalan dan sungainya yang bersih memang memberikan perasaan yang sama seperti berada di Brunei. Bandar yang kaya dengan tradisi dan sejarah ini juga mempunyai pembangunan yang unik dan cantik. Bentuk rekaan yang unik dan bertemakan inggeris vintaj memukau pandangan saya. Sesuatu yang baru dan mempunyai kelainan daripada yang lain yang pernah saya lihat setakat ini. Bandar Melaka mengingatkan saya tentang sejarah dan hang tuah, yang memberikan saya inspirasi tentang pembangunan. Pembangunan bukan sahaja dari segi pembinaan atau bangunan, tetapi lebih kepada pembangunan diri sendiri. Refleksi diri, muhasabah tentang diri melalui sejarah samaada muhasabah tentang masa depan ataupun masa lalu. 


No comments:

Post a Comment