Tuesday, December 3, 2013

Kekuatan diri.

"Apakah kekuatan diri awak?"

Itulah soalan yang kerap kali ditanya sejak dua tiga hari yang lepas. Soalan itu selalu membelenggu fikiran saya. Tambahan lagi saya tidak mampu menjawabnya. Adakah kedua ibu bapa saya yang menjadi kekuatan diri saya? Atau sahabat? Atau pun benda-benda lain? Ya, memang ibu bapa saya menjadi salah satu kekuatan diri saya tetapi bila difikir secara mendalam, bila saya menghadapi masalah bukan ibu bapa yang saya cari, bukan ibu bapa saya tempat saya mengadu sepenuhnya tetapi Tuhan iaitu Allah. Bila susah, memang Allah yang saya cari. Bagaimana pula bila senang? Itulah kelemahan saya. Saya harus belajar dari kelemahan bagi mencari kekuatan. Kekuatan itu hanya ada pada Allah bukan pada benda atau seseorang. Saya inginkan kekuatan tetapi saya harus kenal terlebih dahulu tentang Pencipta Kekuatan itu. Insya Allah, hanya dengan mengenali Allah, kekuatan itu akan diperolehi.

No comments:

Post a Comment