Tuesday, December 17, 2013

Dzikrullah maut


Kematian pasti akan datang kepada setiap sesuatu yang hidup hatta pokok sekalipun. Ia tetap akan hadir walau tanpa diundang, tanpa dipinta. Satu soalan yang selalu ditanya kepada saya, "takutkah kamu jika kamu mati pada usia yang muda?" Sebelum sesuatu peristiwa berlaku, jawapan yang saya akan berikan kepada si penanya soalan adalah ya! Tetapi setelah melihat di depan mata saya sendiri tentang perjuangan seorang pesakit yang menghadapi leukemia pada usianya yang baru hendak memasuki 16 tahun, menyedarkan saya tentang satu hakikat yang tidak akan mampu diubah sampai bila-bila; mati tidak mengenal usia. Persoalannya, adakah kita bersedia? Apakah pembentangan yang akan kita hadapkan kepada Allah untuk membela diri kita di padang Mashyar nanti? Kerana tidak ada sesiapa yang akan mampu membela kita melainkan diri sendiri walaupun keluarga. Bersiap sedialah wahai diri yang sentiasa lalai dan alpa. Bermuhasabahlah wahai hati. Tidak inginkah diri ini mempunyai kematian yang baik? Bersiap sedialah dan sentiasa ingat Allah itu Maha Melihat lagi Maha Mengetahui. Di kiri dan kanan kita ada malaikat-malaikat yang sentiasa mencatit setiap perbuatan kita. Sentiasalah zikrullah maut wahai diri.

"Setiap yang bernyawa akan merasakan mati" (3,185)

No comments:

Post a Comment