Monday, December 23, 2013

niat yang lurus

Baru-baru ini, ada seorang pemandu teksi yang apabila dia berkata-kata, ia memberikan impak yang besar dalam kehidupan saya. Dia kata, kalau kita mengejar dunia, kita hanya dapat dunia sahaja. Tetapi kalau kita mengejar akhirat, insya Allah kita akan dapat kedua-duanya. Contohnya, bila kita belajar hanya untuk memberikan kebahagiaan kepada kedua ibu bapa kita maka kita akan mendapatkannya. Tetapi bila kita niatkan belajar kerana Allah, insya Allah kita akan mendapatkannya juga dan Allah akan memberi ganjaran yang lebih baik.

Sesungguhnya amal perbuatan itu bergantung pada niat. (H.R Bukhari dan Muslim)

No comments:

Post a Comment