Monday, December 23, 2013

Persahabatan

Persahabatan adalah salah satu hubungan di antara sesama manusia yang diciptakan oleh Allah. Sahabat ibarat cermin kita. Cermin itu adalah refleksi diri kita. Bila kita memilih seseorang yang baik untuk dijadikan sebagai sahabat maka itulah refleksi diri kita sendiri. Dan begitulah sebaliknya. Oleh itu, pilihlah sahabat yang mampu menjadi cermin kita, yang menjadi panca indera kita untuk menyedarkan kita tentang yang baik dan yang buruk dan mampu membawa kita kepada kebaikan. Ukhwah yang dibina kerana cinta terhadap Allah adalah lebih manis dan indah kerana hanya ukhwah seperti ini yang akan kekal di dunia dan di akhirat insya Allah. 

No comments:

Post a Comment