Mr softy. Salah satu ais krim kegemaran saya sedari kecil hingga kini. Terukir senyuman ketika melihat kanak-kanak berlari keriangan menuju kereta ais krim ini seperti rama-rama yang berterbangan di hati. Mereka ibarat klon saya di waktu kecil. Masih lagi terakam di minda, sebaik sahaja balik dari sekolah, saya dan rakan-rakan pasti akan membeli ais krim ini dengan harga B$1.50. Bunyi muzik yang beralun indah sentiasa menghiasi kereta ais krim ini kemana sahaja dia pergi dan sudah tentu bunyi muzik itu juga menjadi daya penarik kanak-kanak sehingga kini.
No comments:
Post a Comment