Filem-filem seram seperti ini memang membasuh minda kanak-kanakku pada waktu itu. Ini menyebabkan malam-malamku ditemani dengan mimpi-mimpi buruk. Alhamdulillah, sesudah dewasa, aku diberi kefahaman tentang kewujudan makhluk-makhluk yang diciptakan oleh Allah termasuklah makhluk-makhluk halus. Makhluk-makhluk halus adalah makhluk yang ghaib yang dicipta oleh Allah SWT. Aku pasti, Allah menciptakan mereka tentu ada sebabnya. Mungkin sebagai peringatan buat manusia bahawasnya Allah itu lebih berkuasa di atas segala sesuatu. Kita tidak patut takut akan makhluk-makhluk ghaib kerana Allah adalah Pencipta mereka dan kita. Kita seharusnya yakin akan kuasa Allah bukan makhluk ciptaan-Nya.
No comments:
Post a Comment